13 MEI 1969
AHLI
AHMAD SAIFUL BIN AMIR HAMZAH
16DEE16F1014
MOHAMMAD SYAFIQ BIN SALLEH
16DEE16F1008
HEMARAJ A/L KESAVAN
16DEE16F1011
MUHAMAD MUSTAFA BIN ISRONI
16DEE16F1030
INDEX
1. PENGENALAN 13 MEI 1969
2. PUNCA 13 MEI 1969 BERLAKU :-
*Layanan Berat Sebelah
Oleh Tentera Jepun
*Dasar Pecah &
Perintah Penjajah Inggeris
*Latar belakang pendidikan yang berbeza
*Pertelingkahan Parti
Politik
*Perasaan tidak puas
hati terhadap hak istimewa orang melayu
*Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara
3.USAHA YANG SEGERA UNTUK MEMBENTUK PERPADUAN
*menubuhkan majlis perundagan negara
*membentuk majlis gerakan negara (MAGERAN)
*mengistiharkan darurat
4. KEPENTINGAN HUBUNGAN EKNIK DARI KESAN 13 MEI
5. PENGAJARAN
6. KESIMPULAN
7. RUJUKAN
1.
PENGENALAN
:::Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
:::Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
LATAR BELAKANG 13 MEI 1969
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan
raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah
membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan
(Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayusebagai bumiputera dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada
ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang
dianggotai olehUMNO, MCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen
walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh
parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi
yang dimenangi Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun
daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan
Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam
Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang
dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka dengan berarak pada 11 Mei
1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu
perkauman. Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak
dapat dikenal pasti) telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif
berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar
bandaraya Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana
kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga
mendorong kepada kejadian tersebut.[1] Pihak pembangkang yang sebahagian besar
darinya kaum Cina dari Parti Tindakan Demokratik dan Gerakan yang menang,
mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang
ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang
ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di
situ.[2]Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan
sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang
lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — logo perikatan.[3]
Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan
kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri
besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas
meraikan kemenangan UMNOakan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
2.
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah
dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan
begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan
ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan
perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan.
Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang
Melayu dan Cina.
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan
perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya
jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan
juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya
memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara
orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.
Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di
ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah
bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat
bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan
ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan
kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN YANG BERBEZA
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan
sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku
apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi
kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan
Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah
Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat
rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing
berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah
mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah
Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang
tinggal di bandar-bandar sahaja.
PETELINGKAHAN PARTI POLITIK
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau
PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada
persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan
menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila
pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang
.
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa
beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal
untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO
dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang
Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut
dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan
segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan
raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai
oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah
menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian
Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera
dihapuskan .
PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati
terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan
. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah
tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya
"Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu
sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati
terhadap hak istimewa orang Melayu.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang
Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan
faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah
Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya
menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
adalah sebagai bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan
akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya
daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf
sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan
telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa
Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu
bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa
Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh
Syed Nasir bin Ismail.
3.
USAHA YANG SEGERA UNTUK MEMBENTUK PERPADUAN
MENUBUHKAN MAJLIS PERUNDANGAN NEGARA
Mula ditubuhkan pada bulan januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum
di Malaysia
Fungsi utama majlis perundinga negara ialah untuk meneliti isu isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah masalah yang melibatkan pelbagai kaum , ia juga bertindak sebagai penasihat kepada mageran mengenai perkara perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia
MEMBENTUK MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN)
MAGERAN diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak .
Turut mengangotai MAGERAN ialah pemimpin - pemimpin parti politik,pegawai pegawai kanan kerajaan dan pegawai pegawai tiggi polis dan tentera ..Antaranya ialah Tun Dr Ismail,Tan Siew Sin ,Tun G.T Sambatan ,Dato hamzah bin Abu Samah ,Tan Sri Abdul Kadir Shamsudin ,Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa
MENGISTIHARKAN DARURAT
-Kerajaan telah mengistiharkan darurat pada 16 mei 1969 di seluruh negara
.Tujuan diistiharkan darurat
= untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal
= Untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka
=untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat .
4.
KEPENTINGAN HUBUNGAN EKNIK DARI KESAN 13 MEI
Kepentingan hubungan etnik kesan dari peristiwa 13 mei
Hanya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari
aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam
pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi
perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif
yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri.
Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan
kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan
etnik yang lain.Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu
masyarakat Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan
Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam.
Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat
tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali
Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah
dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara.
Seterusnya, adalah
dari sudut sistem pendidikan yang terasing.Setiap golongan etnik mempunyai
sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu
menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu,
pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin
sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil
dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar
mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang
berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.
Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik
yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang
negatif kepada negara Malaysia
5
PENGAJARAN
Pergaduhan kaum antara orang melayu dan orang cina tercetus pada 13 Mei 1969 merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan lagi.Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihanraya tahun 1969 selesai diumunkan. 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana membahayakan keamanan, negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Antara lima (2) pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh rakyat malaysia ialah :
Kehilangan Nyawa dan Harta Benda
Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.
Perintah Berkurung
Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 , kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecahbelah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan , susah berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum .Selain itu , segala aktiviti harian masyarakat tersekat.
6
kesimpulan
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.
RUJUKAN
1 ; http://miqdad-hak.blogspot.my/2010/02/pengajaran-peristiwa-13-mei-1969.html
2 ; http://documents.tips/documents/kepentingan-hubungan-etnik-kesan-peristiwa-13-mei-1969.html
3 ; http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htm














